![]() |
Apakah itu GLUTATHIONE
Glutathione adalah sejenis molekul yang ada dalam seluruh tubuh dan paling banyak terdapat di hati dan di dalam sel darah. Ia terdiri daripada 3 jenis asid amino L-Sistem, L-Asid Glutamate dan L-Glisin.
Ia telah digunakan di dalam bidang perubatan selama lebih 30 tahun, terutamanya untuk penyakit dan.eurodegeneratif seperti Alzheimer, parkinson etc.
Ianya dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan daripada zat makanan. Ia mencegah kerosakan pada sel tubuh. Ianya juga sejenis bahan antioksidan yang larut air.
Kekurangan zat ini akan menyebabkan kematian sel pada tubuh badan.
Kegunaan Glutathione
Membantu meneutralkan radikal bebas iaitu radikal perosak di dalam setiap sel.
Membantu membuang toksin seperti logam,bahan pelarut dengan mengikat dan menukarkan bahan-bahan tersebut kepada bentuk yang boleh di buang melalui sistem perkumuhan (pembuangan air kecil dan besar)
Melindungi sel-sel dan tisu-tisu utama tubuh badan seperti:
- hati
- arteri (salur darah yang membawa oksigen)
- paru-paru dan sel-sel kulit
Membantu menghalang terjadinya punca-punca kanser terutamanya kanser kulit dan kanser hati.
Membantu mengekalkan kekuatan sel darah merah dan melindungi sel darah putih dari jangkitan penyakit.
Membantu memusnahkan lemak/bahan bertoksid dan meningkatkkan sistem metabolisma karbohidrat.
Pemutihan & Mencantikkan Kulit.
Glutathione membantu mengaktifkan sel-sel darah dan sel-sel kulit mati untuk lebih cergas dan sihat dengan menyahkan bahan-bahan bertoksid dari tubuh badan.
Ini akan membuatkan kulit bebas dari bahan toksid dan membantu kolagen diaktifkan untuk mendapatkan kulit yang lebih gebu dan putih dan cerah.
Siapakah Yang Memerlukan Glutathione?
- Perokok
- Peminum minuman keras/beralkohol
- Pengemar minuman berkafein
- Kalangan usia 40 tahun ke atas
- Bekas atlit, ahli sukan, penggemar aerobic
- Lelaki yang mempunyai daya tahan yang rendah
- Pesakit yang mempunyai masalah penyakit hati
- Pesakit menghidapi masalah Katarak
- Pesakit sedang/telah menjalani rawatan kemoterapi
- Seseorang yang terdedah kepada bahan kimia
- Pesakit yang sering mengalami masalah pemulihan dari penyakit atau pembedahan.
- Pesakit yang kerap mengambil ubat-ubatan
- Lebih banyak tubuh terdedah kepada bahan toksid, lebih banyak sel-sel memerlukan zat glutathione
No comments:
Post a Comment